ﺍﻟﺴَّـــــــﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴــْــﻜُمْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛـَـﺎتُهُ
First of all nak ucapkan Selamat Hari Raya to all readers. (Haha! If ada lah sebab dah lama sangat tak update blog kan) Anyways, this raya pretty same like before cuma raya kali ni tak semangat sangat sebab penat dengan perut yang memboyot + husbie pun tak dapat official cuti coz this is the 1st year dia bertugas and kenalah giving take dengan orang lama kat balai tu.
But 1st raya dapat sambut dengan my family! 1st time untuk husbie beraya with my familia. And 1st time beraya time preggy. Hewhewhew In Shaa Allah tahun depan dah bertiga pula.
Well how time fly fast!
Now left 40days je lagi for our baby to pop-up! Rasa macam baru je buat UPT test and confirm my pregnancy. Now dah in 3rd trimester which is the very last term. And baby dah practice mengeras, and haritu buat checkup pun doctor cakap kepala baby dah engage, berat baby dah 2.4kg it just to wait until she get fully mature for delivery.
Masa raya tu semua orang cakap perut dah 'turun' means maybe baby akan keluar awal dari EDD which is 25 Sept nanti. Oh gosh! Mixed feeling kot, excited + nervous + scary. Wonder how rasa sakit nak bersalin tu nanti. Tapi tiap kali rasa baby punya movement dalam perut buat rasa tak sabar nak sentuh kulit dia, cium bau dia, tengok muka dia mirip siapa. Awww this is a very precious gift that Allah gifted to us. SubhanAllah! Tak sangka begitu besar kuasa Allah mampu menjadikan manusia dari setitik air mani sehingga menjadi segumpal daging, dan ditiupkan roh, Allah sempurnakan fizikalnya dan terus membesar hingga menjadi anak yang soleh & solehah - In Shaa Allah.
Preparation - Alhamdulillah dari segi kelengkapan dah pun mencukupi untuk sambut kelahiran baby ni nanti. Waktu pantang nanti pun akan berpantang kat rumah mak sebab nanti mak yang nak jaga baby. Dari segi fizikal In Shaa Allah rasanya dah bersedia (kot!?) ngee ~ sebab dengar ramai cakap lepas dah bersalinlah waktu yang paling mencabar buat ibu. Mohon semoga daku sabar dan kuat untuk lalui semua itu dan mohon dipermudahkan oleh Allah untuk semua urusan sebelum dan selepas bersalin nanti.
Husbie pun dah mula eksited nak tunggu anak dia lahir. Sibuk mencari nama sibuk planning itu ini. In Shaa Allah saya doakan semoga awak menjadi seorang suami dan ayah yang penyayang & bertanggungjawab 😊
Ikut planning nak bersalin kat Hospital Columbia di Nusajaya sebab dah book doctor since awal pregnancy. And since itu company punya panel hospital. Doctor pun cakap da last trimester ni husbie kena standby je anytime and tak bole keluar dari kawasan sebab it might be 2weeks earlier dari EDD which is another 2weeks from this week! Barang-barang semua dah standby cuma belum letak dalam kereta je. And belum pun start cuti dari kerja sebab masih larat untuk drive. Lagipun AL & MC pun tak banyak untuk apply cuti awal.
Tak sangka dah nak jadi ibu, ada anak sendiri, nak membesarkan dia, beri pelajaran tentang hidup. Ya Allah permudahkanlah semuanya untuk kami berdua. I know its not easy tapi itu juga pelajaran & pengajaran juga untuk kami berdua in a way for us to get wiser in our life, our marriage. Moga anak yang bakal lahir ini akan lebih mengukuhkan ikatan cinta & perkahwinan kami ni. Awww~ 😂
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
Ya Allah, permudahkanlah semuanya untuk aku. Berilah kekuatan untuk aku lalui semua ini.
اللهمّ ربّي يسّر ولا تعسّر اللهمّ تمّم بالخير

Okey, guess that's for now, till my next post!




3 comments:
Amin ya robbalalamin.. Hee tenkiu oshin myb nanti next post pasal baby dah keluar kot :P
eh..kite pulak yg excited sbb edd kite 24 sept..hehe..semuge sumenye dipermudahkan...
Hee sebelah je dgn kita punya EDD kan.. Papepun kita doakan awk pun dipermudahkan segala urusan sebelum & selepas bersalin nnti yea.. Eksited + nervous kann ;)
Post a Comment