Tuesday, September 18, 2012

6th Monthsary engaged!

Salaam.

Hai! :)
Arineh nak cerita pasal tunang saya! - Ahaks! :D
Dan tentang cuti 3 hari yang sangat membahagiakan.
Ohh, entry ni ditaip dengan senyuman.

Firstly,
As usual kalau cuti lebih dari 2 hari En.Tunang akan balik JHB,
At first he said tak jadi balik sebab mak dia balik JHB on Tuesday,
If dia nak balik JHB alone by himself pun tak lepas sebab $$$ tak de.
Oke, rasa sedey laaa sebab....rindu >.<
Tapi faham laa dia nak saving so taklaa push dia nak balik.
Then nampak dia post something kat FB yang membuatkan ku tersenyummmm :))

"..Miss you so much and Love you back Mr. FO.."


Jadinya bertambah laa rindu itu kan..
Masa dia call cakap tak balik dan akan balik bulan Oct nanti
Rasa sedeyyyy sesangat. Aishh cam nak nanges tapi ku tahann Jebatttt!
Dah letak phone solat Asar jap pastu nanges kot. Ishhh!
Then kengkonon nak pujuk dia dan pujuk hati sediri msg laa ckp rindu tapi takpe laa kena simpan rindu tu sampai jumpa lagi nanti.
Dia pun reply said "samalah kita, ingat tak rindu ke woo, rindu banget ni"

Then kitaorang pun msg laa macam biasa, said yang nak p bayar bil Celcom..etc..etc..
Tapi call dia tak angkat pulak.
Sekali call kat no 0193 dan sekali call kat no 0192 
Dedua tak pickup. Oke let him be.
Tapi bila msg dia reply pulak. Pelik?!
Sebab selalunya dia sangat malas nak msg even reply pendek-pendek.
Then dalam pukul 12 malam tu dia call, cakap baru lepas makan.
Tanya laa makan kat mana? - "Kat ABC" katanya. PELIK lagi!
Sebab biasanya ABC taklaa bising sangat macam tu. Ok, fine biarkan jaa lagi.
Pastu tanya lepas makan nak pergi mana? - Nak g main suker jap dengan  Black, ehh.. dgn CD.. 
Ehh, nak main snuker dgn Black pulak. Black kat Johor dia kat KL (ingat mcm tulaa) 
Dalam hati dah dupdapdupdap. Rasa macam ada something fishy kat sini. Tapi abaikan jaa,
Sebab dia selalu buat surprise yang unexpected!
Since dia cakap nak p main snuker, so me decide to tidur laa. 
Sebab kalau tengah main snuker memang tak reply msg + nak nunggu memang lamaalaa kan.

The next day, 
Masa otw pergi uma jemputan kahwin kat Pasir Gudang dia call,
Cakap -"Syg, mehlaa datang Pekan." -"Hah?! Awk kat mana ni?" -"B kat Pekan laa" -"Eh??? Bila masa sampai Pekannnn?!!" (masani macam dah excitedd!) - "Laa kan semalam B ckp nak buat magic, takkan tak dapat tangkap? Hehee" . Oh yes, masa msg semalamnya dia tu adalaa dia ckp -"Kalaulaah B ada magic mesti sekejap je B da sampai JHB, tapi...apakan daya...". Dia memang suka buat macam tu. Eee, rasa macam nak picit jaa hidung dia sebab buat macam tu malu. Dah laa sobsobs bila tau dia tak jadi balik.

Pas balik dari kenduri kahwin tu rehat jap, then petang sikit keluar laa dengan dia. Err *ehems* berdating *ehems*
Dia ajak pergi Rawa kat Taman Gaya, it's not laa a romantic dinner celebration untuk our 6th months engaged. (Eee mengada kan 6 bulan tunang pun nak celebrate) it just a dinner date but, me iz HAPPY sangat sebab dia ada kat depan mata.
I don't mind if celebrate kat mana-mana pun kalau tak celebrate pun oke sangat as long as dapat nengok lesung pipit muka dia :P miahahahha!!

Lepas tu dia ajak p karaoke kat Diva Seri Alam, eventho dia tengah sakit tekak diperingkat awal. Tapi dia gagah jugak nak pergi. Oke macam tertouching gitu. Sungguh menjatuhkan hatiku laa En.Tunang ini.
Macam sweet oke, balik JHB senyap sebab nak celebrate 6months engaged even he's totally broke, seboleh-boleh nak karaoke walaupun kurang sihat sebab dia tau itu hobi masa lapangku, dannn...nyanyi lagu sweet-sweet gitu. OhOhOh! The funny moments iz masa dia nyanyi lagu Cinta Untuk Nabila, dia p tukar the whole song yang guna nama Nabila with my name. Siyeslyyyy?!! Hahaha, me iz laughing sengih-sengih Trolol sepanjang dia nyanyi lagu tu. Tak payah sweet somel sangat bole tak Sayang me iz rasa macam nak geget awak tp non-halal lagi. Sabar...sabar...tak lama jaa lagi :)

Sudahnya sampai nak tidur malam asik tersengih jaa ingat apa dia buat. Hmmm.. Makin nak dekat makin dalam rasa tu. Makin nak dekat makin banyak dia tunjukkan kasih sayang tu. Walaupun dugaan tu, phewww hebat sungguh! Tapi kami tetap bersatu, SEMANGAT! :D

Dan....rasa sangat-sangat bersyukur sebab dipinjamkan Allah rasa cinta, kasih dan sayang yang indah ini.
Bersyukur dipertemukan dengan dia, words yang sangat sesuai untuk menggambarkan situasi ini..
Tak sangka dan Unexpected!

Tak sangka dipertemukan dalam pertemuan yang memang tak disangka-sangka,
Tak sangka kita mampu bertahan dengan perangai masing-masing,
Tak sangka Tuhan titip rasa dalam hati kita,
Tak sangka kita dah tempuh pelbagai dugaan, halangan dan rintangan,
Tak sangka kita mampu bertahan,
Tak sangka hubungan kita direstui,
Tak sangka kita sampai bertunang,
Dan.....InshaAllah selangkah lagi kita akan dinikahkan. Awak suami dan saya isteri. Kita jadi Halal :)
Masa tu yang akan terlintas dalam hati dan fikiran saya..
Tak sangka awaklah jodoh yang saya cari selama ini. Manalahh awak hilang selama ni? Sampai saya selalu jumpa orang yang salah. Awak juga kan?


6 bulan lagi......
InshaAllah, semuanya dengan izin Tuhan.
 AMIN






Selamat 6 bulan ulang-bulan pertunangan Tunangku Terrrrrsayang..
(eh ayat!) 
(*pangg! baling kek kat muka sebab menade nak sambut ulang-bulan yang macam budak-budak sekolah*) 

hixs! 
:) ;) :P ^_^ :D



1 comment:

Unknown said...

tahniah!! semoga berpanjangan ye.

.

© Wanie.Misa.Amane Profile Original & Official