Wednesday, March 28, 2012

Jodoh itu pintu rahsia Allah




“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.


Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.
Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T


Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai. Bercouple mungkin, tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang paling kita benci itulah yang kita akan dikahwinkan dengannya.

...dan aku, aku perna membenci dia dulu. Benci dengan perbuatan dia, kata-kata dia, dan apa yang ada pada dirinya.

Tapi kini?
Kini, kita selangkah dalam menuju jalan Allah. Dia bakal menjadi temanku hingga ke Jannah.
InsyaAllah.

Ya Tuhan, tetapkanlah hati kami, panjangkan lah jodoh kami. AMIN-YA-ROBBAL-ALAMIN.





No comments:

.

© Wanie.Misa.Amane Profile Original & Official