Selamat Hari Jumaat
Haihh, Jumaat sudah
Esok Sabtu, then Ahad !
Ahad? What will happen ?
Jeng...jeng...jeng !
Tungguuuuu update seterusnyaa oke?
Today I na cakap pasal orang Johor.
Yes ! Saya memang anak jati Johor
Background family memang asal dari Johor
Arwah nenek belah emak stay in Muor = Muar
And nenek / atuk belah ayah was in Kg.Mahmoodiah, Kg.Senibong and now I stay in Kg.Kangkar Tebrau
Tempat² ni if orang Johor tatau mang kira murtad laa kan. Teeheee..
Oke, how to recgonize orang Johor?
Lets see this :
1.They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi.
*This is like our dialek laa. Some kind of it. Like Orang Sabah they will end up with Sabah-BAH, so Johor we got "Ekkkk" in our sentence. "Na makan apa ekk tengahari ni?"
2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, “Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.
* Oke I've been in this situation before, masa tu tengah study kat Penang. And masa sessi suai kenal they're asking me "Where you come from?", I answer "I'm from Johor", "Which part of Johor?", me "Errr, Johor laa"
3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”.Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.*Ni pun da macam our loghat. Err loghat and dialek same ke tidak yer? -Kompius japs! Alaaa, macam orang Terengganu laa. Dorang kan kalau cakap Makan = Makang, Ikan = Ikang, Mu = Mung. So kami pun ada dialek ni. Tapi nowdays ramai yang ta used this dialek or loghat whatsoeverr sebab semua da jadi budak bandor so dorang semua na cakap KL jerrrr !
*Yeahhh ! This is so really true ! Check this out
4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar.
".Kurang ajarnya tetap santun, lembutnya cukup jantan, dajalnya masih selamba, nakalnya bersulam jenaka, menikam dengan pantun, manyanggah dengan senyum, marahnya dalam tertawa, merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak - Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang, nukilan sajak sifat² orang Johor."
5. Diorang ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa… kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.
*Endut = Pakwe @ Makwe. Berendut = pergi dating laa ^___^
6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok… . Dah lama tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy.
This is gula sagun. Kalau makan ne mesti tersedak-sedak pastu melekat kat gigi
^___^
^___^
but now da comes with new packaging
This is Gula Kandy. Bahan ye sama macam sagun tu ye guna kelapa
cuma gula kandy ni dia macam basah sikit laa while sagun te kering
but I don't like this much laa.
7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock . Rasanye sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori ni?*Oke about this one memang ta berapa pasti laa. Tapi Man Kidal tu pun asal JB kan ? Err, Abang Nas Terjah pun sama.
8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.
This is Telur Pindang, sepatutnya warna isi nyaa pun should be warna coklat sebab kena rebus lama
dengan pelbagai jenis daun.Rasa memang sedap lagi kalau makan dengan kicap masih
perhhhh ! terangkat pastu nanti kentut bau pun mang awesome laa kan
Teeheee...
9. Tidur atas LECA (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK. Tido pakai GEBOR.
*This is like I say kat atas tu. Kat belakang mang ada tenses "-OR". Macam english laa kan kalau past tenses kita tambah "-ED" if present tambah "-ING". ;) tapi ini mang ta kira past tense or present tense
10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, orang cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!
*Hee that's really true. Cerita dari Singapore suma best² lagi-lagi bila dengar dorang sembang using bahasa baku. Plus, bukan setakat channel Suria sajer channel from Indon pun dapat oke. Like RCTV / SCTV. So mang banyak cerita² dari luar dapat tengok especially sinetron² Indon. Now da ta dapat sebabnya if guna plasma TV mang kena subscribe Astro baru dapat channel yang clear. Astro plak cerita ulang² boooooring!
Oke, there we go, some unique ‘trademarks’ of a true blue Johorian. I find that they are really interesting. As a Johorian myself, I can’t deny these ‘trademarks’ as most of them are true. So… If you happen to meet or become friends with a Johorian, why don’t u check for yourself wether the ‘trademarks’ are true or not. It can be fun…
And that's why I love my south side so much. And proud of being Johorian. Those yang ta perna datang Johor. Sila-sila laa datang ke sini. We've got sooooo much food endurance !





3 comments:
nak komen ape erkkk !! hahah Salam satu johor ~ singah !
sedapnya
kalau orang yang empat tahun dok johor camni ke??
hehehe
Post a Comment