Day 24 - A letter to your parents
Mak , Ayah...
"Terima kasih sebab besarkan kak long dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Terima kasih sebab bersabar dengan karenah kak long sejak dari kecik sampai la besar ni. Kak long banyak buat salah, banyak sakitkan hati mak ayah. Walaupun mak ayah ta perna na tunjukkan tapi kak long tahu dan mulai faham semua ni bila kak long da dewasa. Terima kasih sebab beri pelajaran ilmu dunia dan akhirat.
Terima kasih sebab mengajar erti kehidupan especially ayah. Yang banyak bagi nasihat yang berguna pendapat sebagai seorang lelaki, seorang ayah dan seorang kawan lelaki. Pandangan ayah dari sudut pemikiran lelaki buat kak long faham dan berhati-hati bila na berkawan dengan lelaki, nasihat ayah buat kak long berfikir sebelum buat sesuatu keputusan atau tindakan. Ayah, terima kasih untuk rasa sakit bila kena rotan, sebab itu laa pendidikan yang paling berguna untuk kak long bawa sebagai pengajaran menghadapi hari² dewasa kelak. Ada ayah dalam diri kak long.

Dan emak, juga selalu bagi nasihat dan pendapat sebagai kawan baik yang kak long boleh ceritakan segalanyaa, tempat mengadu, tempat meluah rasa. Seorang mak punya instinct kuat bila anaknya sedang bersedih, putus cinta, gaduh dengan bf, mak akan alert ! Terima kasih kerana menjadi seorang kawan dan emak yang sangat memahami. Mak laa BFF kak long ! ;). Mak, terima kasih untuk titis² susu yang emak berikan masa kak long kecik dulu. Dan ada emak juga dalam diri kak long.
Buat mak dan ayah, terima kasih kerana menjadi perkara paling indah dan terpenting dalam kehidupan kak long. Maafkan kak long, dari hujung rambut hingga kaki di atas kenakalan kak long kerna mau mengenali dunia sebagai kanak-kanak, desakkan kak long bila mahukan sesuatu, bentakkan kak long bila di marahi, juihan bibir dan muncung bibir bila di tegur, hempasan pintu bila memprotes, keluhan kak long bila di suruh buat sesuatu, syak wasangka kak long ni sebagai seorang anak angkat bila sering kali di marahi, maaf jua bila kak long ta dapat tempat pertama dalam ujian dan peperiksaan, maaf jua ta mampu mewahi mak dan ayah dengan harta dan wang ringgit, maaf ta menjadi anak yang bisa bawa mak dan ayah mengelilingi dunia. Kak long ta punya semua itu, tapi kasih dan sayang itu sangat besar buat kalian.
Pada mata ini, mak ayah adalah segalanyaa sejak mula kak long lihat dunia ni, sebagai manusia yang mula-mula mengajar kak long bertatih memulakan langkah pertama dalam kehidupan, manusia pertama yang mengajar kak long bercakap ayat pertama dalam hidup ini sehingga kak long petah berkata-kata, dan jari-jari kalian laa yang menjadi benda pertama yang kak long gengam masa kecik dulu sehingga sekarang terus memimpin agar kak long ta tersalah langkah dalam kehidupan ni.Dan kak long masih perlukan mak ayah untuk kehidupan ini walaupun kak long da dewasa.
Kak long sayang mak dan ayah lebih dari segalanya...
Anakmu.
.
© Wanie.Misa.Amane Profile Original & Official
2 comments:
heee, yup². bila smpai bab mak ayah ni memang tacink banyakk >.<
huu~
asal masuk bab mak ayah je mesti itchy2 my heart. hehe.
Post a Comment