Tuesday, May 10, 2011

Kahwin muda

Banyak menda na update kat blog ni.
Tapi na cerita pasal kahwin muda.

Exactly kan umur berapa yang sesuai untuk berumah tangga eh ? Ada cakap umur 23 ke atas elok la na kahwin tapi itu untuk perempuan kalau lelaki pulak 25 keatas. Dan ada yang kata kalau sama umur nanti 'fanasss !" maksudnya hubungan tu banyak dugaan la. Tapi itu andaian dan cuma kata-kata orang laa. Mungkin betul, mungkin kebetulan. Tapi based on experience memang banyak na kene struggle untuk success dalam hubungan antara umur sebaya ni. Sebab masing masing akan ego. Ta puas enjoy, mostly lelaki laa. Sebab perempuan akan berfikiran matang bila dia rasa na beri komitmen dalam sesuatu hubungan tu.

Kawan saya baru bercerai bulan 2 lepas. Ex hubby dia sebaya dengan dia. Kawan da lama. Sejak 2006, sampai ke jinjang pelamin tapi masing masing hati panas. So end up dengan penceraian. Kalau belum ada anak ta pe la. Macammana kalau anak tu da pandai na bertanya nanti. Na jawab apa ? Macammana bole jadi macam tu kan ? Sedangkan masa bercinta bole na faham dan bersabar dengan setiap perkara. Seharusnya bila da berkahwin harus la lebih baik.

Memang tu semua takdir dan ketentuan. Tapi semua pilihan pada diri masing masing kan ? Atau mungkin sebab perkahwinan pada usia yang awal. Belum cukup ilmu na bersuami isteri jadi penyebab keruntuhan rumahtangga. Kalau asas berumahtangga belum kukuh kenapa pilih na kahwin awal ? Sebab da ta sabar na merasa nikmat yang di haram menjadi halal bila da di akadkan ke ? Rata rata itu sebabnya kan ? Jangan la na berdalih, saya pun remaja juga. Kenapa ye ?

Jangan salahkan takdir, bila terjadinya penceraian tu. Jangan pula mengeluh bila diri ta mampu jalankan tugas sebagai seorang suami / isteri. Fikir baik baik sebelum buat keputusan na berkahwin. Kaji kekurangan diri. Muhasabah diri. Kahwin bukan untuk enjoy, kalau fikir untuk enjoy memang sekejap je la kan. Elakkan semua tu terjadi. Rasa nikmat dunia sepuas puasnya sebelum pilih untuk menamatkan zaman bujang. Sebab lepas kahwin hidup semua sebab tanggungjawab. Terhadap agama, isteri / suami, anak anak, keluarga dan kerja.

Saya memang na kahwin awal. Sebab fikir na jaga suami, na ada anak, bole buat apa sahaja bersama sama sebab ada ikatan yang sah. Sebab masa bercinta ta bole na buat semua tu kan. Sebab tiada ikatan yang halal, masa tu semua jatuh hukum haram. Sebab tu kita decide untuk meghalalkan. Da lepas halal, memang indah sebab dapat buat apa yang di impikan. Sebelum tidur lihat muka orang di cintai, bangun tidur sebelah orang yang di cintai, mandi bersama, makan bersama, tengok tv bersama. Lepas da selalu bersama ? Bosan kan bila sampai satu tahap kebebasan terbatas. Atas alasan tanggungjawab suami terhadap isteri, tanggung jawab isteri terhadap suami mula rasa tiada life then cari keseronokkan kan luar.

Maka terjadi la hubungan sulit, skandal, curang. Then end up dengan penceraian. Itu ke yang di inginkan dalam perkahwinan ? Dapat status Janda bagi perempuan dan duda bagi lelaki. What so cool being that ? Itulaa pentingnya persediaan dari mental dan fizikal. Persediaan bagi kedua dua pihak. Jangan la nanti da tua tua baru na masuk kelab dangdut, usung perempuan sana sini, sms sms lucah, scandal sana sini, kalau masih na buat semua tu kenapa memilih untuk kahwin. Again, sebab na menghalalkan yang haram je kan ?

Fikir baik baik, untuk apa kita berkahwin. Betul betul da sedia ke na jadi suami isteri dan kemudian jadi ibu bapa. Da sedia untuk berkongsi segala yang ada dalam hidup. Sebenarnya perkahwinan tu lebih besar dari apa yang kita fikirkan.

3 comments:

nyna amani said...

risau pulak dengar.. dah le umur sebaya, berchenta dah lama.. tapi memang, sebaya nie banyak conflict sikit.. erm...

mia said...

depends pd people jgk...kdg2 yg sbaye ader yg mmhami...coz msg2 tau khndaknye...tp better jgn t'buru2..kwen law bley biar la skali jewk...lmbt pown xpe...jnji smua yg kite nk da t'cpai...tkt x puas enjoy....ksian..ank da ader bwk title miss j tp nk wat pragai remaja2 riang...kn klakar...tym remaja gtal nk b'laki..da ader ank nk wat2 cre ank gdis lak...ble kite wat kptusan nk kwen ape kt dpn kite kn b'ubh..so pk2 la n slmt b'amal...(^_^)

wanie misa amane said...

@Nyna ; I pun takut owh. Hmmm..

@Mia ; Kene penuhkan ilmu di dada. Rasanya kami belum bersedia lagi untuk move to next step laa ~

.

© Wanie.Misa.Amane Profile Original & Official